Roselle (hibiscus sabdariffa), atau dikenali
sebagai pokok asam paya adalah sejenis spesis bunga raya yang terdapat
di negara yang beriklim tropika dan subtropika termasuk Malaysia, Afrika, India
dan negara-negara Asia lain. Ia merupakan tumbuhan yang amat tinggi
kandungan vitamin C melebihi 10 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga
limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan
yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas
kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air justeru mudah dikumuhkan oleh
badan sekiranya diambil berlebihan.
Buahnya berwarna kemerah-merahan mengandungi lima kelopak
pada setiap kuntum bunga. Kelopak dan bijinya boleh diproses untuk
menghasilkan pelbagai produk seperti teh roselle, kordial, jeli, halwa,
campuran biskut dan kek.
Berdasarkan kajian nutrisi, setiap 100 gram roselle
mengandungi hampir 300 mg vitamin C, D, B1 dan B2. Kombinasi vitamin-vitamin
ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada manusia, termasuk sebagai perisai
kepada serangan penyakit, mengurangkan risiko sakit jantung dan menjaga
kesihatan otak serta saraf.
Selain kandungan vitamin yang tinggi, roselle juga
mengandungi tinggi kalsium (hampir 500 mg bagi setiap 100 gram buah). Tidak
ketinggalan beberapa nutrisi penting lain seperti omega 3, magnesium, beta
karotin dan asid amino esensial.
Kandungan vitamin C dan mineral esensial dipercayai mampu
melawan radikal bebas yang mendorong kepada penyakit kanser selain kalsium yang
tinggi dapat mengelakkan kerapuhan tulang.
Roselle mempunyai ciri-ciri astrigen dan antiseptik. Oleh sebab itu, roselle mempunyai kemampuan untuk meredakan batuk, cirit-birit dan berak berdarah. Roselle juga mempunyai kandungan asik askorbik yang tinggi dapat membantu badan membina sistem pertahanan yang kuat.
Salah satu nilai perubatan tinggi yang ada pada roselle
ialah nutrisinya mampu menurunkan kandungan kolesterol dan menstabilkan tekanan
darah.
Khasiat perubatan roselle itu didedahkan oleh penyelidik
Universiti Malaya, Profesor Dr. Rais Mustafa dan Profesor Dr. Mustafa Ali Mohd.
yang mengakui kepelbagaian nutrisi pada roselle jarang ada pada bahan semulajadi
lain.
"Roselle turut membantu proses metabolisme dalam badan
manusia dan proses pengoksidaan secara berterusan. Ia dapat merangsang dan
melancarkan air kencing serta juga menurunkan tekanan darah.”
"Malah, roselle juga mengandungi banyak asid organik
yang sangat berguna kepada manusia sebagai sumber tenaga," katanya.
Dengan faktor tambahan seperti hampir keseluruhan pokok itu
dapat digunakan, ramai pakar botani menggelarkan roselle sebagai magical plant. Daun roselle
telah lama diambil oleh masyarakat zaman dahulu sebagai ulam-ulaman yang
berkhasiat.
Sementara batangnya pula merupakan fiber putih berkualiti
tinggi yang dapat digunakan untuk menghasilkan berus dan tali.
Roselle mengandungi antosianin, vitamin C, B1, B2 dan B kompleks. Kandungan
vitamin C melebihi kandungan vitamin C di dalam buah blackcurrent, anggur dan buah
limau.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dapatkan Gabungan Khasiat serta Kebaikan
DAUN DURIAN BELANDA + BUNGA ROSELLE
Semudah Rendam & Minum
WhatsApp / SMS "AR" >>> 012-3973280
WhatsApp / SMS "AR" >>> 012-3973280
WhatsApp / SMS "AR" >>> 012-3973280
WhatsApp / SMS "AR" >>> 012-3973280
WhatsApp / SMS "AR" >>> 012-3973280
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~