Monday, April 18, 2016

Khasiat Buah dan Daun Durian Belanda







Durian Belanda atau Annona muricata L. mempunyai sejarah yang unik dan kaya dengan pelbagai khasiat. Orang pertama yang menemui spesis tumbuhan ini adalah, dari suku kaum etnik Amerindian yang tinggal di Amerika Tengah dan Selatan. Pada awal penemuannya, tumbuhan ini dikenali hanya sebagai antara makanan buah-buahan yang lazat.
 
Zaman dan masa berjalan dengan perkongsian hidup di antara manusia dan tumbuhan sehingga secara tidak sengaja, manusia mempelajari dan menemui sifat tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri menyembuhkan pelbagai sakit penyakit manusia. Pengetahuan ini akhirnya diturunkan dari satu generasi ke generasi di kalangan orang-orang asli di beberapa daerah pedalaman  di Amerika. 
 
 

 
 
Bagi Kaum asli Andes Peruvian, daun Annona muricata L. digunakan untuk penyediaan teh bagi  mengubati penyakit radang (inflammation of Mucous Membranes) membran mukus, yang disebabkan dari selesema. Selain dari itu, biji buah Durian Belanda dihancurkan dan digunakan untuk merawat cacing dan parasite. 
 
Bagi Orang Asli Amazonia Peru pula, menggunakan kulit kayu, akar, dan daun untuk merawat kencing manis, serta pelali (sedative) dan melegakan kramp (antispasmodic). 
 
Bagi Suku kaum asli Guyana, menyediakan teh dari daun atau dari kulit kayu, atau campuran kedua-duanya, sebagai minuman tonik jantung dan pelali (sedative). 
 
Manakala di Amazonia Brazil, teh disediakan dari daun atau kulit pokok durian belanda untuk merawat penyakit hati (lever), sementara minyak diekstrak daripada daun dan buah mentah dicampurkan dengan minyak zaitun dan digunakan secara luaran untuk sakit urat (neuralgias), sendi, dan sakit peyambung tulang (arthritis). 
 
Di Jamaica, Haiti dan Indies Barat, seluruh buah atau jusnya digunakan untuk mengurangkan panas demam, membunuh parasit dan merawat cirit-birit, serta untuk meningkatkan rembesan susu Ibu yang menyusukan bayi (lactagogue). Kulit pokok dan daun Annona muricata L. juga digunakan sebagai antispasmodic, sedatif dan penenang yang bertujuan merangsangkan saraf. Ia juga digunakan untuk penyakit jantung, sejuk, selsema, masalah semasa bersalin, asma, kehilangan tenaga (asthenia), dan tekanan darah tinggi dan terhadap parasit. 
 
 
 
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dapatkan Gabungan Khasiat serta Kebaikan 2 Tumbuhan Ajaib
DAUN DURIAN BELANDA + BUNGA ROSELLE


ANNONA ROSELLA
ANNONA ROSELLA
Semudah Rendam & Minum
 
WhatsApp / SMS "AR"  >>> 012-3973280
WhatsApp / SMS "AR"  >>> 012-3973280
WhatsApp / SMS "AR"  >>> 012-3973280
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~